Thursday, September 4, 2008

Minyak akan turun lagi Sejajar trend penurunan harga global

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.

Shahrir berkata demikian ketika mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.
Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata, daripada segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan.
Bagaimanapun, katanya lagi, pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira kenaikan indeks harga pengguna dan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan berkenaan. Sumber dari Utusan Online


Komen Daddy Wafiah ;
Menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum raya adalah langkah bijak yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. Ini kerana banyak kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan sederhana dan yang tinggal di pendalaman. Penurunan harga minyak berdasarkan trend harga minyak dunia sepatutnya diaplikasikan sejak dulu lagi, supaya rakyat tidak terlalu berharap dengan subsidi petrol. Subsidi yang ada diagihkan kepada sektor yang lain seperti pertanian,pendidikan dan pengangkutan dan sebagainya. Itu lebih bermanfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Adios

2 comments:

rumandawi said...

sapa ckp kjaan x prihatin kpd rakyat? Kjaan bukan bodoh ba x mo dengar rungutan rakyat thadap kenaikan hg minyak. Skarg hg minyak dunia sdh menurun jaD xkan kjaan mahu berdiam dirikan? Buktinya kjaan sdh mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan hg minyak w/pun dgn jumlah yg sedikit. itulah tandanya kjaan sgt prihatin...nanti hg minyak dunia turun, turun lagi la hg minyak di negara kita. x la terus drastik diturunkan mcm yg DSAI mo buat..

daddy-wafiah said...

Betul bah apa yg ko ckp tu.Aku sokong 100%.Masalahnya apa ja yg terbaik kerajaan buat,pembangkang anggap remeh dan langsung nda menghargai.Diorang ja yg pandai memerintah dan mentadbir.Kita kena bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan dan terus menyokongnya.Itulah sumbangan kita kepada kerajaan setelah apa yang kerajaan bagi kepada kita rakyat Malaysia.