Wednesday, September 24, 2008

Majlis Peguam Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Guna ISA Terhadap Raja Petra

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Peguam kecewa dengan keputusan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Raja Kamaruddin selama dua tahun."Perintah tahanan itu sehari sebelum permohonan habeas corpus beliau didengar menyusahkan kerana ia menjejaskan permohonan itu," kata Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.Beliau berkata jika kesalahan dilakukan, Raja Petra boleh didakwa di mahkamah tetapi ISA digunakan terhadapnya ketika cara lain yang membolehkannya membela diri masih ada."Ia mengesahkan anggapan bahawa ISA digunakan untuk tujuan selain daripada keselamatan nasional. Ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat," katanya.Pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana menulis artikel yang dipercayai menghina Islam dan umat Islam.-- BERNAMA

Komen Daddy-wafiah:
Memang padan la balasan yang diterima oleh si Raja Petra tu. Nampak sangat Majlis Peguam Negara pro pembangkang.Kalau si petra tidak buat salah, buat apa dia ditahan ISA. Terang2 dia menghina sultan,kerajaan,agama Islam & fitnah sesuka hati melalui blognya.Kerajaan tidak akan berdiam diri,sumbat terus dalam ISA, rasalah ko Raja Petra.

4 comments:

panglimapitas said...

Salam...
mcm na juga dorang tu kan kamcing ngan raja petra... yang panting sama2 kita turun ke pensiangan nanti.. berjihad...

rumandawi said...

To staring sabah N family...
Selamat menyambut hari raya aidilfitri...maaf zahir batin. klu memandu balik kg tu hati-hati ye.Biar lambat asal selamat. ingat lah org2 yg tersayang.

daddy-wafiah said...

kepada panglimapitas
Salam..
Selamat berjuang kita untuk Kerajaan BN....demi agama,bangsa dan negara yang tercinta

daddy-wafiah said...

Kepada rumandawi...
Selamat menyambut hari raya aidilfitri...maaf zahir batin. klu saiful atau ko memandu balik kg tu hati-hati ye.Biar lambat asal selamat. ingat lah org2 yg tersayang.kim salam si saiful