Monday, December 15, 2008

Bush dibaling kasut di Iraq

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam. Berita selanjutnya...

Komen Daddy-wafiah;
Inilah balasan kepada Bush di atas kekejaman beliau sehingga mengorbankan ramai rakyat di Iraq, sehinggakan seorang wartawan arab membaling beliau dengan kasut semasa sidang media sedang berjalan di sana..
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
Mudah2an bakal Presiden Amerika, Barrak Obama dapat mewujudkan keharmonian dan keamanan di seluruh dunia...itulah harapan negara2 yang pernah ditindas oleh Bush dahulu..Paling bagus pemimpin dunia adalah di kalangan orang Islam yang sejati seperti 4 khalifah Rasulullah dan pemimpin2 Islam agung dahulu..adios

Friday, December 12, 2008

DIPLOMAT BERIKAN UNDI KEYAKINAN TERHADAP SABAH

Diplomat asing di Ma-laysia memilih Sabah untuk menewaskan tiga buah negeri lain sebagai destinasi pilihan pe-lancongan. Berita selanjutnya... Sumber dari New Sabah Times.

Komen Daddy-wafiah;
Inilah hasil perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat berbilang kaum dan agama di sabah...tahniah kepada semua rakyat sabah...Negeri2 lain contohilah perpaduan kami di sini...adios

Thursday, December 11, 2008

BN kembali kuat jika PPP keluar

MELAKA 10 Dis. - Ugutan yang dibuat oleh Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) sedikit pun tidak menjejaskan parti memerintah, sebaliknya ia akan kembali memperkuatkan BN pada masa depan. Berita selanjutnya...

Komen Daddy-wafiah;
Sebenarnya Presiden Parti PPP memberikan kata putus secara bersendirian tanpa membuat sebarang referendum atau persetujuan ahli-ahli akar umbi parti sebelum mengugut meninggalkan BN. Penasihat PPP, S.I. Rajah mencadangkan M.Kayveas meletakkan jawatan dan telah membuat kenyataan dalam Utusan Malaysia.....Presiden PPP hanya seronok bercuti tanpa memikirkan usaha untuk menawan kembali hati pengundi dan bekerja untuk rakyat...sedarlah wahai insan yang alpa

Wednesday, December 10, 2008

Mekanisme tetap harga minyak dibawa ke Kabinet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke Kabinet sebelum diputuskan. Berita selanjutnya

Komen Daddy-wafiah;
Sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel adalah suatu cara yang fleksibel, supaya rakyat Malaysia sentiasa bersedia sekiranya harga minyak dunia naik lagi...kan best kalau harga petrol kekal di bawah paras RM 1.90 ke bawah...heheh..tapi beban kepada kerajaan lah kalau harga minyak dunia melambung tinggi kelak.adios

Tuesday, December 9, 2008

Kurup's status stays: Lawyer (Martin Tommy Durassim)

Keningau: A local lawyer, Martin Tommy Durassim, said the status of Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) President Tan Sri Joseph Kurup as Federal Deputy Rural and Regional Development Minister still remains, pending his court appeal.
The Election Court had recently declared the results of the Pensiangan parliamentary seat, won by Kurup, as null and void. Kurup has since appealed against the ruling, pending a hearing.
This means Kurup is still in a position to distribute development allocations and assistance expected of a Deputy Minister, until the Pensiangan seat is declared vacant, he said.
Martin, who once contested the Pensiangan seat as an Independent candidate, is now a PBRS member.
In this respect, he hoped the issue would not be prolonged by the opposition, particularly Parti Keadilan Rakyat. DAILY EXPRESS NEWS


Komen Daddy-wafiah;
Status Tan Sri Joseph Kurup sebagai Timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kekal sehinggalah kerusi Parlimen Pensiangan dikosongkan, dengan keputusan ini pembangunan di Pensiangan mesti diteruskan agar kekayaan negara dapat diagihkan melalui pembangunan infastruktur dan kemudahan asas yang lain serta memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda di kawasan Pensiangan khususnya dan Sabah amnya...semoga pengundi di sana bijak memilih kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini...

Friday, December 5, 2008

RM4 juta bina 100 rumah di Pensiangan

NABAWAN 4 Dis. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina 100 unit rumah penduduk miskin di daerah Pensiangan dekat sini.
Timbalan Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, projek di bawah skim bantuan rumah itu akan dimulakan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
"Pembinaan rumah ini diberikan kepada keluarga yang layak di bawah skim bantuan rumah oleh kerajaan Pusat bagi menaik taraf penempatan penduduk di daerah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Mesra Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Balai Budaya Kampung Lotong, Sepulut di sini hari ini.

Bantuan
Pada majlis itu, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyampaikan bantuan makanan kepada 61 orang miskin termasuk warga emas.
Menurutnya, peruntukan membina rumah berkenaan, membuktikan keprihatinan kerajaan Pusat terhadap rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman yang memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa.
Katanya, rumah baru yang bakal didiami penduduk di situ menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.
"Penduduk luar bandar juga cukup bertuah kerana melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerajaan akan membantu memacu pembangunan daerah ini," ujarnya.
Beliau memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat di kawasan ini agar terus memberikan sokongan berterusan kepada BN.


Komen Daddy-wafiah;
Projek membina 100 rumah di Pensiangan mestilah mensasarkan golongan miskin yang betul2 layak...kabinet Malaysia seharusnya mengekalkan Tan Sri Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar kebajikan rakyat sabah di pendalaman lebih terbela...sokongan yang padu hendaklah diberi kepada kerajaan Barisan Nasional, kerana rakyat di sabah masih lagi memerlukan pembangunan...PKR jangan harap hendak menjadikan Sabah sebagai kubu mereka...saya yakin kita akan menang pilihanraya kecil Pensiangan nanti,InsyaAllah...

Thursday, December 4, 2008

Sabah sokong pecat Zaid Ibrahim

KOTA KINABALU 3 Dis. - Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah menganggap pemecatan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada UMNO merupakan langkah tepat dalam usaha memperkasakan parti.
Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, berdasarkan tindak-tanduk Zaid sebelum ini, ia tidak menggambarkan pemimpin yang setia kepada parti.
Beliau berkata, tindakan Zaid menunjukkan dirinya tidak mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan seterusnya memberi kesan negatif kepada parti.
"Saya fikir pemimpin politik harus memilih sama ada sebelah kiri atau kanan. Ini berkaitan disiplin parti. UMNO tidak mahu mereka yang dikata lidah bercabang.
"Meskipun kita hormati pandangan yang berbeza tetapi kita sebagai pemimpin politik harus mempunyai prinsip perjuangan politik yang nyata dan jelas. Tidak dua, tidak tiga tetapi satu sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Idris berkata, keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi amat tepat sebagai pengajaran kepada ahli lain supaya tidak melanggar disiplin parti.
Katanya, banyak tindakan Zaid dari awal lagi yang begitu
memihak kepada pembangkang dan menunjukkan beliau tidak menghayati perjuangan sebenar parti demi agama bangsa dan negara.

Komen Daddy-wafiah;
Orang macam Zaid ni kalau ada sepuluh dalam UMNO hancus bah, mujurlah keputusan yang dibuat oleh MT tepat dan pantas...jangan dikasi peluang ahli UMNO yang nda ikhlas berjuang ni..

Wednesday, December 3, 2008

Projek perintis pengedaran barang diperluas

KUALA LUMPUR 2 Dis..
Projek perintis pengedaran barang ke kawasan luar bandar bagi mengatasi perbezaan harga barang runcit antara bandar dan luar bandar akan mula diperluaskan ke Saratok, Sarawak dan Sipitang, Sabah pada tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu diambil setelah projek yang dimulakan di Pekan, Pahang dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ternyata dapat mengatasi masalah yang menyebabkan harga barangan runcit di luar bandar menjadi lebih mahal.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan sikap pemborong dan pengedar yang mahu memaksimumkan keuntungan hingga didapati ada pemborong yang enggan membawa barangan ke kawasan luar bandar.
''Sehubungan itu, kita melihat ada keperluan untuk mengkaji semula pemberian lesen borong," jelasnya.
Beliau berkata, hasil daripada projek perintis ini juga, kementerian mendapati ada pihak yang mencadangkan supaya diwujudkan pasar raya rakyat yang akan dikendalikan oleh syarikat tertentu di luar bandar.
''Kerajaan memang sedar dengan perbezaan harga ini. Sebab itu daripada sudut kenaikan kos pengangkutan, kerajaan telah meluluskan 3.378 bilion liter diesel bersubsidi bagi tempoh selama setahun.


Komen Daddy-wafiah;
Aku memang sokong projek perintis ni dilaksanakan di Sabah..kalau harga barangan keperluan di bandar dan di pendalaman sama...barulah pengundi tidak akan mengundi pembangkang..dan rakyat yang berpendapatan rendah dan orang kampung tidak lagi merungut dengan harga barang yang mahal di kawasan mereka...lagi bagus wujudkan market desa yang menjual barangan keperluan dengan harga yang berpatutan...jadi orang kampung tidak perlu turun ke bandar membeli belah...kecuali kalau mau tukar selera lah...kerajaan yang prihatin rakyat beruntung....


Tuesday, December 2, 2008

Hasrat PKR tawan Sabah, Sarawak sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’:

KOTA KINABALU: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan Sabah dan Sarawak tahun depan sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’.
Beliau berkata selepas parti itu gagal membentuk kerajaan Pusat pada 16 Sept Lepas, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap PKR.
“Saya rasa cerita angan-angan Mat Jenin ini merupakan drama yang menarik. Saya nampak ada Mat Jenin dari Semenanjung yang telah gagal dengan angan-angan besar mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept dan sekarang ini mereka cuba memasang angan-angan baru un-tuk memenangi hati rakyat.
“Apa yang jelas selepas mereka gagal 16 Sept, apa juga janji baru yang mereka buat hanya diketawakan oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita di kediaman Exco Pene-rangan Negeri Datuk Sapawi Ahmad di Kampung Ketiau, dekat sini kelmarin.
Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas hasrat PKR untuk menawan Sabah dan Sarawak tahun depan.
Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional Tahu-nan Kelima PKR di Kuala Lumpur, semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sasaran itu akan direalisasikan dengan penambahan anggota parti seramai sejuta orang menjelang tahun depan.
Wan Azizah yakin kerjasama ikhlas antara PKR, PAS serta DAP menerusi Pakatan Rak-yat mampu memberi harapan baru kepada rakyat negara ini.


Komen Daddy-wafiah :

Boleh percaya ka diorang ni dapat bekerjasama dengan baik...aku tengok pas dengan dap dan pkr tidak sependapat,tengok ja isu penjualan arak...pas mau kurangkan..tapi yang lain nda mau plak...kalau piara khinzir terpaksa plak pas sokong..apa sudah jadi dengan perjuangan Islam...insaflah wahai geng2 jenin