Friday, September 5, 2008

Dr. Mahathir persoal kenapa Melayu sahaja perlu minta maaf

PUTRAJAYA 4 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
''Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
''Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
''Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
''Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
''Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut," katanya. Sumber dari Utusan Online


Komen Daddy Wafiah :
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh TDM tu. Seolah2 taring melayu tu sedikit demi sedikit hilang di bumi sendiri.Kaum lain sudah kurang gentar berbanding di era TDM berbanding era Pak Lah,semuanya segan nak mempersoalkan perlembagaan persekutuan tentang agama Islam,orang melayu,bumiputra dan hak keistimewaannya.Pendekatan era Pak Lah adalah terbuka sehinggakan ada pihak yang badigol ni mengambil kesempatan di kala kesempitan.Kita tidak boleh salahkan Pak Lah,masalahnya sifat ego,dengki dan dendam sememangnya ada pada diri manusia,iman dan taqwa saja yang dapat menawarkan sifat2 keji tersebut.
Sempena di bulan yang mulia ini,banyakkanlah beramal agar hati kita bersih dari dinodai virus hati.

4 comments:

sumandak bayu said...

Sekarang ni bro kita kena terima hakikat ada Melayu Libreal dan dorang ni lah yang dalang nak hancurkan sendiri hak istimewa orang Melayu.

Rasanya PERKARA 153 belum hasid dorang hayati kot sampai lupa daratan asal usul. Sedarlah MELAYU hanya wujud dalam Perlembagaan negara kita kalo lari pigi luar negara jan harap dapat jumpa... Hargailah sikit bro dan sis jan ikut sedap hati je. Btoi tak Staring Sabah.

daddy-wafiah said...

yaaa,betul apa yang sumandak bayu cakapkan tu...kalau haprak melayu libreal ni ramai,cukuplah 100..hancus negara kita yang tercinta ini

waritarakyat said...

Persoalan yang diutarakan oleh TDM ada kebenarannya. Sejak kebelangan ini, hak orang melayu dan bumiputera sering dipersoalkan. Ni la akibatnya kalau kita tidak bersatu.

Laman Blog Lama ada masalah: http://waritarakyat.blogspot.com

Laman Blog Baru: http://suratrakyat.blogspot.com

daddy-wafiah said...

Banar itu jo...sebab itu kita kena bangkit mempertahankan hak dan kedaulatan kita...hidup melayu dan bumiputra..