Wednesday, December 3, 2008

Projek perintis pengedaran barang diperluas

KUALA LUMPUR 2 Dis..
Projek perintis pengedaran barang ke kawasan luar bandar bagi mengatasi perbezaan harga barang runcit antara bandar dan luar bandar akan mula diperluaskan ke Saratok, Sarawak dan Sipitang, Sabah pada tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu diambil setelah projek yang dimulakan di Pekan, Pahang dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ternyata dapat mengatasi masalah yang menyebabkan harga barangan runcit di luar bandar menjadi lebih mahal.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan sikap pemborong dan pengedar yang mahu memaksimumkan keuntungan hingga didapati ada pemborong yang enggan membawa barangan ke kawasan luar bandar.
''Sehubungan itu, kita melihat ada keperluan untuk mengkaji semula pemberian lesen borong," jelasnya.
Beliau berkata, hasil daripada projek perintis ini juga, kementerian mendapati ada pihak yang mencadangkan supaya diwujudkan pasar raya rakyat yang akan dikendalikan oleh syarikat tertentu di luar bandar.
''Kerajaan memang sedar dengan perbezaan harga ini. Sebab itu daripada sudut kenaikan kos pengangkutan, kerajaan telah meluluskan 3.378 bilion liter diesel bersubsidi bagi tempoh selama setahun.


Komen Daddy-wafiah;
Aku memang sokong projek perintis ni dilaksanakan di Sabah..kalau harga barangan keperluan di bandar dan di pendalaman sama...barulah pengundi tidak akan mengundi pembangkang..dan rakyat yang berpendapatan rendah dan orang kampung tidak lagi merungut dengan harga barang yang mahal di kawasan mereka...lagi bagus wujudkan market desa yang menjual barangan keperluan dengan harga yang berpatutan...jadi orang kampung tidak perlu turun ke bandar membeli belah...kecuali kalau mau tukar selera lah...kerajaan yang prihatin rakyat beruntung....


1 comment:

bungaraya said...

Staring Sabah,
Ini staring Labuan bercakap.
Kita memang sepatutnya menyatakan sokongan kita kepada program dan rancangan kerajaan yang sanagt memberikan manafaat kepada rakyat akar umbi. Bukan saja apa yang telah diilhamkan oleh Datuk Shahrir tersebut, malah sebarang apa jua program.
Bagaimana dengan keputusan TPM untuk meneruskan pengujudan SRJK cina dan India?. Cara yang terbaik ialah disamping menyatakan sokongan, kita sama-samalah hantar anak ke SRJK.