Wednesday, October 29, 2008

Tentera AS pengganas – Syria

WASHINGTON 28 Okt. – Tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq menyifatkan operasi mereka di Syria terhadap pejuang asing sebagai berjaya, ketika Damsyik mendakwa tindakan Washington itu sebagai “pencerobohan pengganas’’.
Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, operasi itu turut berjaya membunuh pemimpin pejuang asing yang paling dikehendaki, Abu Ghadiya.
“Ini merupakan pengesahan pertama AS melakukan serangan di wilayah Syria, sekali gus memberi isyarat bahawa Washington mula menggunakan taktik agresif terhadap pemberontak di sepanjang kawasan sempadan Iraq, yang turut digunakan ke atas pengganas di sempadan kawasan kabilah di Pakistan,” katanya.
Bagaimanapun Menteri Luar Syria, Walid Muallem menyifatkan serangan itu sebagai satu jenayah dan pencerobohan pengganas.
“Menurut undang-undang antarabangsa, membunuh orang awam bermakna pengganas,” katanya pada sidang akhbar di London selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Luar Britain, David Miliband.
Menurut pegawai media Syria, lapan orang awam terbunuh dalam serangan itu, termasuk kanak-kanak.
Ditanya sama ada Syria akan bertindak balas jika AS menyerang lagi, beliau berkata:
“Jika AS melakukannya sekali lagi, kami akan mempertahankan wilayah kami.’’
Menteri Syria itu berkata, empat helikopter AS telah melintasi sempadan Syria pada petang Ahad lalu dan dua daripadanya mendarat di timur laut Syria, manakala dua lagi mengawasinya.
Askar-askar yang diturunkan kemudiannya menembak orang awam yang sedang berkebun, termasuk seorang nelayan dan tiga orang anaknya.
“Mereka semua adalah orang awam yang tinggal di wilayah Syria, tindakan itu tidak berperiemanusiaan,” katanya.

Friday, October 24, 2008

Kakitangan kontrak diminta semak terma lantikan kerja

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak diminta menyemak semula terma dan syarat pelantikan sebelum menyalahkan mana-mana pihak sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, golongan kakitangan awam berkenaan perlu mempunyai persediaan sejak dari awal bahawa perkhidmatan mereka mungkin tidak diperlukan lagi bila-bila masa.
''Mereka tidak boleh andaikan bahawa kontrak kerja yang diperoleh itu membolehkan mereka berkhidmat dengan kerajaan untuk selama-lamanya sebaliknya perlu memahami ia hanya sah untuk tempoh tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman hari ini dilaporkan Bernama sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Menurut Omar, golongan tersebut ialah kakitangan yang kontrak disambung dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar menambah, CUEPACS tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan itu.
Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa kekangan kewangan menjadi salah satu punca kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak tidak disambung kontrak mereka.
''Bagaimanapun, kita harus faham bahawa golongan kakitangan awam berkenaan bekerja dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
''Organisasi-organisasi yang berbeza mempunyai sebab tersendiri kenapa kontrak seseorang pekerja tidak disambung malah kakitangan awam tetap juga boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu,'' jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya akan membantu kakitangan awam yang terbabit untuk mendapatkan kerja baru melalui bantuan daripada Kementerian Sumber Manusia.
''Selain itu, kami akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada kakitangan awam terlibat jika perkhidmatan mereka ditamatkan sebelum tempoh kontrak tamat,'' ujarnya.

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina.
‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.
‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009.
Zulkifli berkata, langkah tersebut akan dapat menarik masyarakat Cina termasuk di kalangan peniaga dan korporat di Bukit Bintang mendekati Islam serta akhirnya memeluk agama suci itu.
Dalam pada itu, semasa perbahasannya itu, beliau bukan sahaja ‘menghentam’ kera jaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga pem bangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mempertahankan agama Islam.
Tegasnya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.
‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.
Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.
Beliau menegaskan, PKR menyoal ketua nan Islam dan parti-parti komponen BN pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut anjakan dengan agama-agama lain.
Zulkifli turut membidas Majlis Peguam yang mewakili kes permohonan murtad Aza lina Jailani tanpa memikirkan bahawa ki ra-kira 40 peratus anggota majlis itu terdiri daripada peguam beragama Islam.
Beliau menambah, ada juga pihak yang mencabar penggunaan nama Allah dengan menegaskan mereka juga berhak serta mem bawa kes itu ke mahkamah dan perkara tersebut telah mencabar kestabilan politik serta keharmonian rakyat.
‘‘Agama Islam merupakan tonggak ke stabilan politik, oleh itu perlu dimartabatkan dan saya mencadangkan agar Perkara 3 dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia banyak digunakan untuk menyerang agama Islam.
‘‘Saya cadangkan Perkara 11(1) dipinda de ngan memperjelaskan perkara berhubung de ngan kebebasan beragama dan bagi orang Islam tertakluk pada undang-undang Islam itu sendiri serta ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
‘‘Pindaan ini perlu dilakukan kerana saya tidak mahu perkara seperti Azalina berlaku apabila sebuah gereja memberi baptis kepa danya. Saya syorkan Bahagian Jenayah Sya riah kerajaan Persekutuan ditubuhkan untuk menguatkuasakan pindaan itu,” katanya.
Beliau turut mencadangkan Perkara 3 Per lembagaan Persekutuan mengenai Islam se bagai agama rasmi dipinda supaya ia dapat ditegaskan dalam bentuk syariah dan un dang-undang.
Katanya, Majlis Peguam Muslim juga per lu ditubuhkan bagi menaungi peguam-pe guam Islam agar mereka tidak perlu merujuk kepada Majlis Peguam bagi mendapat kela yakan untuk

Tempoh pemilihan panjang galakkan politik wang

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kempen pemilihan UMNO yang panjang sehingga tiga bulan selepas mesyuarat bahagian berakhir boleh mengundang lebih banyak kes politik wang.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, sudah menjadi lumrah politik wang meningkat ketika musim pemilihan dan tempoh yang panjang akan membuka lebih banyak ruang ke arah itu.
"Politik wang ini tiap-tiap kali pemilihan parti berlaku, jikalau dipanjangkan lagi kemungkinan berlaku lagi politik wang, saya rasa ini menambah politik wang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kerisauan sesetengah pihak bahawa tempoh antara tamatnya mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO pada Mac depan akan membuka ruang yang sangat luas untuk politik wang berlaku dalam parti.
Disebabkan itu, ada juga pihak yang mencadangkan agar perhimpunan itu diawal yakni kepada Disember tahun ini untuk mengekang perkara itu daripada berlaku.
Tengku Ahmad Rithauddeen bagaimanapun menambah, tempoh yang panjang itu akan memberikan peluang juga kepada pihaknya untuk melakukan lebih banyak siasatan terhadap aduan yang diterima.
Katanya, Jawatankuasa Disiplin pimpinannya mampu menangani politik wang tetapi ia hanya boleh dihapuskan sepenuhnya jika ahli dan calon mahu melihat ia berakhir.
Namun kata beliau, sikap yang ditunjukkan semua pihak ialah lebih ramai yang bertanding adalah sesuatu yang menggembirakan kerana lebih banyak wang yang akan diterima.
"Lagi banyak orang bertanya lagi bagus, lagi banyak wang datang, mereka (ahli parti) ini masih lagi berkehendakkan wang," katanya.
Padang sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen memberitahu bahawa beliau pernah mendengar cerita ada Ketua cawangan UMNO yang pulang menaiki kereta Kancil baru selepas Perhimpunan Agung.
Katanya, cerita seumpama itu memalukan UMNO dan jelas memperlihatkan bahawa politik wang sudah menjadi satu budaya yang kini berada dalam teras UMNO itu sendiri.
Kata beliau, politik wang sudah jadi satu budaya kepada ahli parti sejak 20 tahun lalu dan semakin menjadi berbanding ketika beliau mula-mula menyertai UMNO dahulu.
Katanya, mind set pada ahli UMNO perlu diubah jika mahu melihat politik wang berakhir dalam UMNO.
Dalam pada itu, beliau juga meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anggota parti yang melanggar disiplin perlu tampil dan jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuat laporan.
"Sesiapa yang buat aduan akan diberi imuniti dan dirahsiakan identiti mereka, jadi tak usahlah takut untuk tampil kerana jika tidak bagaimana nak hapuskan gejala yang memberi keburukan kepada parti, individu dan negara itu," katanya.
Mengenai cadangan ahli MT UMNO Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa lepas supaya semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, ia sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan.
"Kita tidak boleh lakukan sebagai tender. Adakah kita akan dapat orang yang betul-betul boleh memimpin kita melalui kaedah tender ini? Barangkali dia (Rais) bukan serius apabila mengemukakan cadangan itu," katanya.

Wednesday, October 22, 2008

Sikap Anwar terhadap Sabah terus dipertikai

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dikritik di Dewan Rakyat termasuk didakwa bersikap talam dua muka dalam memperjuangkan nasib penduduk terutama di Sabah.
Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata, Anwar tidak pernah memberi perhatian serius terhadap Sabah ketika beliau berada dalam kerajaan sebelum ini tetapi kini mengambil sikap yang berbeza.
Katanya, sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang itu hanya bertujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat negeri tersebut.
''Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan tentang biasiswa untuk pelajar Sabah tetapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya.
Ketika membahaskan Bajet 2009, Salleh mempersoalkan tindakan Anwar yang kini kononnya mahu memperjuangkan kebajikan pelajar dari Sabah.
''Kenapa sekarang ini baru beliau mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak," ujarnya.
Tindakan itu katanya, menunjukkan Anwar seorang yang bersikap talam dua muka dan simpatinya terhadap kedua-dua negeri tersebut hanya kerana mempunyai agenda tertentu.
Dalam pada itu, Salleh menggesa semua rakyat bersatu dan terus berpegang dengan kontrak sosial yang memungkinkan negara ini merdeka serta menikmati kemakmuran seperti hari ini. Sumber Dari Utusan


Komen Daddy wafiah: Aku sokong dengan apa yg dikatakan oleh MP Silam. Memang betul masa Anwar jadi Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan, mana ada dia peduli masalah rakyat Sabah dan Sarawak. Sekarang baru mau simpati, sorrylah rakyat sabah dan sarawak tidak akan termakan dengan janji manis Anwar tu.

Tuesday, October 21, 2008

Kekang kelantangan laman web

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan tegas diambil terhadap kelantangan tulisan dalam laman web yang antikerajaan demi menjaga perpaduan negara.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Ghani berkata, laman web kini digunakan oleh sesetengah pihak sebagai tempat menghasut dan memfitnah.
Katanya, mereka menggunakan laman web untuk menyemai perasaan benci di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan peribadi.
‘‘Contohnya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibangkitkan dan dimainkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui apa sebenarnya maksud penubuhannya. Mereka hanya tahu komen sahaja.
‘‘Oleh itu, kerajaan perlu ambil tindakan bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Negara kita berbilang kaum, keterbukaan seperti yang diamalkan negara barat tidak sesuai di negara kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, pembaca menggesa kerajaan supaya mengatasi segera kelantangan laman web antikerajaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, kelantangan laman web antikerajaan itu akan menyebabkan wujudnya pergeseran kaum, kegelisahan orang ramai dan seterusnya mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
‘‘Memang sejak kebelakangan ini, banyak penulis-penulis blog menerbitkan artikel yang berbaur antikerajaan, ini adalah satu perbuatan yang tidak sihat dan perlu dikenakan tindakan,” katanya. Sumber Dari Utusan