Tuesday, December 2, 2008

Hasrat PKR tawan Sabah, Sarawak sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’:

KOTA KINABALU: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan Sabah dan Sarawak tahun depan sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’.
Beliau berkata selepas parti itu gagal membentuk kerajaan Pusat pada 16 Sept Lepas, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap PKR.
“Saya rasa cerita angan-angan Mat Jenin ini merupakan drama yang menarik. Saya nampak ada Mat Jenin dari Semenanjung yang telah gagal dengan angan-angan besar mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept dan sekarang ini mereka cuba memasang angan-angan baru un-tuk memenangi hati rakyat.
“Apa yang jelas selepas mereka gagal 16 Sept, apa juga janji baru yang mereka buat hanya diketawakan oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita di kediaman Exco Pene-rangan Negeri Datuk Sapawi Ahmad di Kampung Ketiau, dekat sini kelmarin.
Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas hasrat PKR untuk menawan Sabah dan Sarawak tahun depan.
Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional Tahu-nan Kelima PKR di Kuala Lumpur, semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sasaran itu akan direalisasikan dengan penambahan anggota parti seramai sejuta orang menjelang tahun depan.
Wan Azizah yakin kerjasama ikhlas antara PKR, PAS serta DAP menerusi Pakatan Rak-yat mampu memberi harapan baru kepada rakyat negara ini.


Komen Daddy-wafiah :

Boleh percaya ka diorang ni dapat bekerjasama dengan baik...aku tengok pas dengan dap dan pkr tidak sependapat,tengok ja isu penjualan arak...pas mau kurangkan..tapi yang lain nda mau plak...kalau piara khinzir terpaksa plak pas sokong..apa sudah jadi dengan perjuangan Islam...insaflah wahai geng2 jenin

No comments: