Tuesday, August 26, 2008

Hanya mufti layak buat keputusan

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kenyataan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bahawa terdapat kesilapan ketika sumpah laknat yang dilafazkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan membabitkan dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu pandangan bersifat peribadi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya mufti yang layak membuat keputusan sama ada sumpah laknat tersebut selari dengan ajaran Islam atau sebaliknya.
''Itu pandangan peribadi, lagi pun dia bukan pegawai (agama) yang utama sebaliknya yang utama ialah mufti, biarlah mufti membuat ulasan.
''Mufti yang sepatutnya membuat keputusan sama ada sumpah itu mengikut Islam atau tidak," katanya. Sumber dari Utusan Online


Apa yang dikatakan oleh si Ramlang lebih kepada pandangan peribadi semata-semata, tanpa merujuk kepada nas dari Al-Quran dan Hadis. Sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sah seperti mana yang dikatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, ini kerana saiful melafazkan sumpah dengan niat dan bersaksi.
“Ia tidak ada mana-mana rujukan, hanya berdasarkan pendapat peribadi dan ini salah besar... bercakap hal hukum berasaskan fikiran sendiri adalah kesalahan yang besar dalam Islam", kata Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Fikir-fikirkan lah wahai Ramlang!!!

Thursday, August 14, 2008

Caj PTPTN 1 peratus - Kadar baru berkuat kuasa 1 Jun lalu ringankan beban sejuta pelajar

PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan kadar caj Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus berkuat kuasa 1 Jun lalu – satu langkah yang menggembirakan lebih 1.04 juta peminjam PTPTN yang kini akan membuat bayaran balik yang lebih rendah.
Sebelum ini, caj perkhidmatan pinjaman PTPTN adalah tiga peratus bagi pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda manakala peminjam pembiayaan peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran dikenakan caj sebanyak lima peratus. Sumber Utusan Online


Keputusan yang dibuat kerajaan dengan menurunkan caj 1 peratus dari 3 peratus caj pinjaman PTPTN merupakan berita gembira buat 1.04 juta peminjam. Memudahkan mereka membayar balik dengan kadar yang lebih rendah. Pada 28 Julai lalu,Fatwa kebangsaan telah menetapkan caj yang dikenakan tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar caj tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar

Langkah yang diambil kerajaan sedikit sebanyak menghilangkan rasa ketidakpuasan golongan pelajar dan graduan terhadap kerajaan semasa PIRU yang lalu. Justeru itu, kerajaan perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta kepada golongan ini. Mudah2an mereka akan sedar bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tidak mengabaikan kebajikan dan keperluan mereka kerana golongan inilah yang akan menerajui kerajaan yang adil dan amanah suatu masa nanti.

Wednesday, August 13, 2008

JANGAN POLITIKKAN UITM KERANA KEPENTINGAN PARTI

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.
Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum. Walaupun ada segelintir pelajar melayu menyokong pembangkang oleh kerana terpengaruh dengan janji manis dan pembohongan Anwar, mereka tetap mempertahankan hak melayu dan bumiputra yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Kerana hak untuk mengemukakan cadangan sedemikian hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kaitan langsung dengan pentadbiran universiti itu.
Janganlah kerana hendak meraih undi kaum lain, sanggup menjual hak melayu sendiri, sedarlah wahai insan yang alpa.

Tuesday, August 12, 2008

JANGAN JUAL TANAH

Peneroka tanah rancangan Felda dan Felcra di seluruh negara diminta menghentikan aktiviti menjual tanah mereka kepada pihak lain.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, "Sekiranya mereka jual tanah ini, mereka sebenarnya akan mengalami kerugian besar kerana tanah-tanah berkenaan nilainya semakin tinggi dari semasa ke semasa.
"Oleh itu, peneroka tidak boleh menjual tanah sewenang-wenangnya kerana tanah ihsan kerajaan ini tidak akan datang semula,"
.
Perbuatan itu tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan kerugian pada masa depan dan tanah berkenaan merupakan pemberian kerajaan bagi membasmi kemiskinan melalui pertanian dan sebagainya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian dividen sebanyak RM21.3 juta kepada 4,000 peneroka Felcra di seluruh Selangor di sini hari ini.
Pemberian dividen berkenaan merupakan hasil peningkatan prestasi produktiviti pengeluaran komoditi kelapa sawit dan getah di negeri itu mulai sepanjang tahun lalu hingga Jun tahun ini.
Malah, pemberian dividen berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 19.3 peratus berbanding tahun lalu yang mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.4 juta.
Selain itu, Felcra juga buat pertama kalinya akan melaksanakan pembayaran dividen kepada peneroka Felcra sebanyak empat kali setahun mengikut kemampuan dan kesesuaian projek mulai tahun ini, bagi meringankan beban peneroka terutamanya ketika persediaan sambutan Hari Raya dan musim persekolahan anak-anak mereka.

Thursday, August 7, 2008

ANUGERAHKU

Aku teramat bersyukur dengan anugerah yang diberi Ilahi....

banyak yang kita dapat darinya....

baby comelku selamat lahir ke dunia ini...

im proud to be malaysian...

hidup dalam aman dan sejahtera di bawah payung rahmat tuhan dan thanks pada kerajaan yang mantap ini. SIUK EH!!!