Saturday, November 29, 2008

Yakin rampas kerusi SAPP di Sepanggar

KOTA KINABALU 28 Nov. - UMNO Bahagian Sepanggar yakin dapat merampas kembali kerusi Parlimen Sepanggar yang diwakili Parti Maju Sabah (SAPP) dan kini menjadi parti pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Idris berkata, beliau yakin kerusi Parlimen yang dipegang oleh Datuk Eric Majimbun itu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, melalui usaha berterusan dan pendekatan mendekati akar umbi yang dilakukannya, masyarakat Sepanggar akan terus memberi sokongan padu kepada UMNO dan BN.

"Persepsi yang kata Sepanggar kubu kuat SAPP adalah tidak benar kerana SAPP tidaklah kuat tanpa BN.

"Kita akan menyangkal persepsi kekuatan SAPP dengan pendekatan turun ke bawah bertemu akar umbi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Sepanggar di Kampung Darau, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad dan Ketua Pemuda Sepanggar, Mohd. Joh Wid.

SAPP yang sebelum ini merupakan komponen BN pada September lalu mengumumkan keluar dan bertindak sebagai parti bebas.

Jumat memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar selepas menewaskan penyandang, Datuk Uzair Yahya pada persidangan UMNO bahagian itu, baru-baru ini.

Menurut Jumat, pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti dan siri pertemuan bersama rakyat bagi mendengar masalah rakyat akar umbi kawasan tersebut.

Justeru, beliau berharap usaha tersebut mendapat kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Komen Daddy-wafiah:
Sebagai kakitangan kerajaan, seharusnya meyambut baik usaha ketua UMNO Bahagian Sepanggar tersebut. Siapa lagi kalau bukan kita yang membantu kerajaan yang sedia ada demi agama, bangsa dan negara kita. Pedulikan orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat keamanan negara Malaysia yang tercinta ini. (Pembangkang Lah)

4 comments:

bungaraya said...

Macam itu bah. Baru bersemangat.
Nanti kalau menang, jangan lupa daratan.

sumandak bayu said...

Salam bro...

aku yakin dapat tawan sepangar sebab Bumiputra Islam paling ramai kat tempat ni.... Bro kena berusaha sunguh-sungguh....

Meh join BPN kat sana kita dapat lagi perkuatkan saf kita demi Negara, Agama dan Bangsa

bungaraya said...

Masuklah BPN beramai-ramai kita.
Saya sudah masukkan blog anda dalam senarai blogroll saya. Tahniah.

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam staring sabah..
Tatap punya BN yang punya Sepanggar atu...Hidup BN..