WASHINGTON 28 Okt. – Tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq menyifatkan operasi mereka di Syria terhadap pejuang asing sebagai berjaya, ketika Damsyik mendakwa tindakan Washington itu sebagai “pencerobohan pengganas’’.
Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, operasi itu turut berjaya membunuh pemimpin pejuang asing yang paling dikehendaki, Abu Ghadiya.
“Ini merupakan pengesahan pertama AS melakukan serangan di wilayah Syria, sekali gus memberi isyarat bahawa Washington mula menggunakan taktik agresif terhadap pemberontak di sepanjang kawasan sempadan Iraq, yang turut digunakan ke atas pengganas di sempadan kawasan kabilah di Pakistan,” katanya.
Bagaimanapun Menteri Luar Syria, Walid Muallem menyifatkan serangan itu sebagai satu jenayah dan pencerobohan pengganas.
“Menurut undang-undang antarabangsa, membunuh orang awam bermakna pengganas,” katanya pada sidang akhbar di London selepas mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Luar Britain, David Miliband.
Menurut pegawai media Syria, lapan orang awam terbunuh dalam serangan itu, termasuk kanak-kanak.
Ditanya sama ada Syria akan bertindak balas jika AS menyerang lagi, beliau berkata:
“Jika AS melakukannya sekali lagi, kami akan mempertahankan wilayah kami.’’
Menteri Syria itu berkata, empat helikopter AS telah melintasi sempadan Syria pada petang Ahad lalu dan dua daripadanya mendarat di timur laut Syria, manakala dua lagi mengawasinya.
Askar-askar yang diturunkan kemudiannya menembak orang awam yang sedang berkebun, termasuk seorang nelayan dan tiga orang anaknya.
“Mereka semua adalah orang awam yang tinggal di wilayah Syria, tindakan itu tidak berperiemanusiaan,” katanya.
Warisan Adakah benar pejuang "WARISAN" Sabah
7 years ago
1 comment:
membunuh tanpa rasa prihatin dengan kesengsaraan orang lain. Sepatutnya mereka yang bergelar pembunuh harus juga dihukum bunuh. Tapi apa kan daya mereka telalu kuat. Sehingga tuhan sebenarnya menurunkan orang yang bernama Obamma untuk menyelesaikannya dikalangan mereka jua.
Silalah layari chilliriver.blogspot.com serta memberikan komen anda sebaiknya. Thanks.
Post a Comment