KUALA LUMPUR 20 Okt. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan tegas diambil terhadap kelantangan tulisan dalam laman web yang antikerajaan demi menjaga perpaduan negara.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Ghani berkata, laman web kini digunakan oleh sesetengah pihak sebagai tempat menghasut dan memfitnah.
Katanya, mereka menggunakan laman web untuk menyemai perasaan benci di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan peribadi.
‘‘Contohnya isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibangkitkan dan dimainkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui apa sebenarnya maksud penubuhannya. Mereka hanya tahu komen sahaja.
‘‘Oleh itu, kerajaan perlu ambil tindakan bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Negara kita berbilang kaum, keterbukaan seperti yang diamalkan negara barat tidak sesuai di negara kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, pembaca menggesa kerajaan supaya mengatasi segera kelantangan laman web antikerajaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, kelantangan laman web antikerajaan itu akan menyebabkan wujudnya pergeseran kaum, kegelisahan orang ramai dan seterusnya mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
‘‘Memang sejak kebelakangan ini, banyak penulis-penulis blog menerbitkan artikel yang berbaur antikerajaan, ini adalah satu perbuatan yang tidak sihat dan perlu dikenakan tindakan,” katanya. Sumber Dari Utusan
Warisan Adakah benar pejuang "WARISAN" Sabah
7 years ago
No comments:
Post a Comment