Wednesday, August 13, 2008

JANGAN POLITIKKAN UITM KERANA KEPENTINGAN PARTI

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.
Para pelajar UiTM meminta kerajaan negeri tidak lagi membincangkan cadangan tersebut sekiranya ia bertujuan semata-mata untuk meraih undi pelbagai kaum. Walaupun ada segelintir pelajar melayu menyokong pembangkang oleh kerana terpengaruh dengan janji manis dan pembohongan Anwar, mereka tetap mempertahankan hak melayu dan bumiputra yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Kerana hak untuk mengemukakan cadangan sedemikian hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kaitan langsung dengan pentadbiran universiti itu.
Janganlah kerana hendak meraih undi kaum lain, sanggup menjual hak melayu sendiri, sedarlah wahai insan yang alpa.

2 comments:

waritarakyat said...

Saya bersetuju dengan pandapat dan pandangan saudara. Mereka membicarakan UITM bukan sekadar kepentingan parti malah kepntingan peribadi mereka semata-mata untuk memancing sokongan dalam erti kata lain undi.

Salman Madani said...

TS Khalid memberi cadangan dengan jujur untuk meningkatkan mutu pelajar UITM dan menaikkan nama UITM di mata dunia.

Dengan memasukkan pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing, UITM berkemungkinan menjadi universiti kelas dunia.

Tapi kalau masih masih terus duduk ditakuk lama sebagai universiti bumiputera yang tidak dikenali oleh dunia luar dan sebagai universiti kampung, silakanlah.