Tuesday, August 12, 2008

JANGAN JUAL TANAH

Peneroka tanah rancangan Felda dan Felcra di seluruh negara diminta menghentikan aktiviti menjual tanah mereka kepada pihak lain.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, "Sekiranya mereka jual tanah ini, mereka sebenarnya akan mengalami kerugian besar kerana tanah-tanah berkenaan nilainya semakin tinggi dari semasa ke semasa.
"Oleh itu, peneroka tidak boleh menjual tanah sewenang-wenangnya kerana tanah ihsan kerajaan ini tidak akan datang semula,"
.
Perbuatan itu tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan kerugian pada masa depan dan tanah berkenaan merupakan pemberian kerajaan bagi membasmi kemiskinan melalui pertanian dan sebagainya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian dividen sebanyak RM21.3 juta kepada 4,000 peneroka Felcra di seluruh Selangor di sini hari ini.
Pemberian dividen berkenaan merupakan hasil peningkatan prestasi produktiviti pengeluaran komoditi kelapa sawit dan getah di negeri itu mulai sepanjang tahun lalu hingga Jun tahun ini.
Malah, pemberian dividen berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 19.3 peratus berbanding tahun lalu yang mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.4 juta.
Selain itu, Felcra juga buat pertama kalinya akan melaksanakan pembayaran dividen kepada peneroka Felcra sebanyak empat kali setahun mengikut kemampuan dan kesesuaian projek mulai tahun ini, bagi meringankan beban peneroka terutamanya ketika persediaan sambutan Hari Raya dan musim persekolahan anak-anak mereka.

1 comment:

sumandak bayu said...

Aku tak paham lah yang empunya tanah baik-baik ade aset tanah nak jual. Saya taulah nak jadi jutawan segera tapi sampai bila...
Ingatlah tanah tu boleh membela anak- cicit hingga generai kita akan datang.
http://www.sumandakbayu.blogspot.com.