Friday, December 5, 2008

RM4 juta bina 100 rumah di Pensiangan

NABAWAN 4 Dis. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan RM4 juta bagi membina 100 unit rumah penduduk miskin di daerah Pensiangan dekat sini.
Timbalan Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, projek di bawah skim bantuan rumah itu akan dimulakan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
"Pembinaan rumah ini diberikan kepada keluarga yang layak di bawah skim bantuan rumah oleh kerajaan Pusat bagi menaik taraf penempatan penduduk di daerah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Mesra Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Balai Budaya Kampung Lotong, Sepulut di sini hari ini.

Bantuan
Pada majlis itu, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyampaikan bantuan makanan kepada 61 orang miskin termasuk warga emas.
Menurutnya, peruntukan membina rumah berkenaan, membuktikan keprihatinan kerajaan Pusat terhadap rakyat Sabah khususnya di kawasan pedalaman yang memerlukan tempat tinggal yang lebih selesa.
Katanya, rumah baru yang bakal didiami penduduk di situ menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat sama ada di bandar atau luar bandar.
"Penduduk luar bandar juga cukup bertuah kerana melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerajaan akan membantu memacu pembangunan daerah ini," ujarnya.
Beliau memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat di kawasan ini agar terus memberikan sokongan berterusan kepada BN.


Komen Daddy-wafiah;
Projek membina 100 rumah di Pensiangan mestilah mensasarkan golongan miskin yang betul2 layak...kabinet Malaysia seharusnya mengekalkan Tan Sri Joseph Kurup sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar kebajikan rakyat sabah di pendalaman lebih terbela...sokongan yang padu hendaklah diberi kepada kerajaan Barisan Nasional, kerana rakyat di sabah masih lagi memerlukan pembangunan...PKR jangan harap hendak menjadikan Sabah sebagai kubu mereka...saya yakin kita akan menang pilihanraya kecil Pensiangan nanti,InsyaAllah...

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam Bro,

blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini,

http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

waritarakyat said...

Pengundi Pensiangan mesti sokong BN. Ini kerana BN merupakan pembela nasib rakyat.