Friday, November 28, 2008

PM umum lagi insentif

PUTRAJAYA 27 Nov. – Lebih 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini mengambil opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menarik nafas lega apabila mereka kini dibenarkan untuk bertukar kepada skim pencen, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kakitangan awam terbabit diberikan peluang selama sebulan untuk membuat pilihan berhubung skim tersebut iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuarat beliau baru-baru ini.
‘‘Ini tentunya memberikan kebaikan kepada mereka yang terbabit seperti kemudahan perubatan dan memperoleh semua kemudahan yang sama seperti dinikmati oleh para pesara.
‘‘Keduanya, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dan ia mula berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,” kata beliau.
Pada 1992, melalui Skim Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan yang dilantik selepas 12 April 1992, ditawarkan skim KWSP sebagai alternatif kepada Skim Pencen seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.
Kakitangan awam yang memilih skim KWSP itu bagaimanapun kehilangan faedah gantian cuti rehat, faedah rawatan kesihatan sebagai pesara dan ganjaran persaraan.
Ekoran itu, ramai kakitangan awam merungut bahawa mereka tidak mendapat maklumat jelas semasa hendak membuat opsyen Skim Pencen atau KWSP disebabkan ketiadaan sesi penerangan oleh JPA.

Komen Daddy-wafiah :
Mudah-mudahan pegawai kontrak yang berkhidmat dalam kerajaan dapat diserap kepada jawatan tetap dan boleh juga mendapat keistimewaan seperti insentif yang akan diberi kerajaan Februari 2009. Kempunan lah kami di sini

2 comments:

bungaraya said...

Staring Sabah,
Tak Payah diserap. Setiap dua tahun sekali kerajaan berikan BONUS KHAS kepada kakitangan kontrak 6 bulan gaji. Okay tak?.

daddy-wafiah said...

bungraya,
Yakan lupa plak keistimewaan yang kita dapat tu..hehhe
yang penting kerajaan Barisan Nasional kekal dan tatap di hati rakyat..